Monday, December 14, 2009

Semoga Allah merahmatiku...amin,amin,amin.....


Assalamualaikum....
lama aku menyepi...dengan beban tugas sebagai guru baru, beban cinta tiga segi yg aku hadapi serta kehidupan yg semakin menuntut sebuah tanggungjawab.....hari ni tergerak hati menengok ape dh jd pd blog aku.....erm.....internet slow...bnyk kali cuba br dpt....aku pun dh hampir lupa ID pword...huhu

Kelmarin ari lahirku...2 thn lps aku sambut dengan ati sakit sbb org yg aku cinta lupa tarikh...tp semalam ini le kejutan dlm hidup aku...hadiah sebuah kek yg cantik dan sekuntum bunga ros dari Nik....alhamdulillah...

Fiza n huda dh bertunang...aku sgt2 bahagia tgk adik2ku bahagia....semoga kekal hingga ke hujung pelamin....AKU???bl pun xtahu...hati masih xmampu terima insan lain, tp bukan pun mengharap pada dia. Ikut jer takdir yg dh ditulis...smpai masa, aku pun nk tahu siapa lelaki yg bakal menjadi suamiku....

Pada Elias, maafkan aku kerana melukakan hati yang tulus, pada Yusri terima kasih kerana sudi menungguku, pada Nik aku akan terima apapun keputusanmu, dan pada sesiapa yg mengharapkan secebis hatiku...maafkan aku andai aku melukakan lagi...Pada hari ulangtahunku...xbanyak yg kuharapkan...hanya semoga Allah mengampuniku, merahmatiku dan memberi petunjuk untukku...Aminnnnnnn....

Friday, May 22, 2009

KEPADA DIA YANG SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAANKU......

Saturday, April 25, 2009

WARKAH UNTUK PUTERI SYUHAIBATUL ISLAMIYAH




WARKAH UNTUK PUTERI SYUHAIBATUL ISLAMIYAH

Assalamualaikum Puteri.......

Nur br balik semalam...warkah ini Nur tujukan khas buatmu sahabat....
Aku menjalani kursus Leftenan Muda KRS dalam perasaan yang bercampur-baur. Sepanjang kursus, tubuhku saja di Teluk Senangin sedang fikiranku jauh di Penang. Aku terlalu merindui Nik. Sahabat, tatkala aku terpaksa akur dengan kemahuan nik, aku merasakan sungguh2 hidupku lebur. Kemahuannya yang terlalu sakit untuk dituruti..Bagaimana mahu memadamkannya dari ingatan?Bagaimana mahu melupakan semuanya tentang dia kerana segalanya berputar bagaikan tayangan filem yang ditayang berkali-kali??? Kisah kami yang bermula dengan perasaan benci tetapi akhirnya membuahkan kemesraan yang bukannya sedikit....bagaimana sahabat???

Dan waktu yang memisahkan kami sebenar-benarnya telah memisahkan aku dan dia untuk selama2nya...Bila saja Nik memohon berkali2 agar aku melupakannya, aku merasakan itulah pengorbanan akhir yang perlu aku lakukan...untuk dia...melupakan dia agar tidak terus2san menyakiti dan menyeksa dia...

Puteri,

Kalaulah semuanya terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku, aku merasakan tindakanku tidaklah sebodoh ini...Biarlah hati terus diduga dengan cintanya yang umpama belati tajam yang merobek kejam, namun sekurang2nya aku masih memiliki dia. Namun kini bukan saja dia, malah seluruh hidupku juga tidak mampu lagi aku miliki...

Inilah noktah cintaku...di sini lah pengakhiran kisah aku dan dia setelah 4 tahun aku sulam harapan. Segalanya harus berakhir dengan hati yang penuh redha.. Demi Allah,bila saja aku menerima smsnya pagi tadi, setitis air mata pun tidak mengalir seperti selalu...kau tahu kenapa puteri???kerana aku tahu dan semakin pasti aku tidak mampu lagi memiliki cinta dia. Malam tadi, aku bermimpikan nik, memegang tangan lantas mendakapku..menangis dan merayu..

Dan malam ini, tatkala aku menitipkan warkah cinta ini untukmu sahabat dengan linangan air mata , aku telahpun mendapat satu kekuatan....syukurlah puteri, kerana rupanya selama ini akulah insan yang sangat dicintainya....kau tahu mengapa.....kerana ini sahabatku.....

"SESEORANG YANG MENCINTAIMU"


1. Seseorang yg mencintai kamu, tidak bisa memberikan alasan mengapa ia mencintaimu. Dia hanya tau, dimata dia, kamulah satu satunya.

2. Seseorang yg mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah, stress dan gila. Tp ia tdk pernah tau hal bodoh apa yg sudah ia lakukan,kerana semua yg ia lakukan adalah utk kebaikanmu.

3. Seseorang yg mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dlm hatinya kamu adalah yg terbaik, hanya ia yg tau.

4. Seseorang yg mencintai kamu, akan marah- marah atau mengeluh jika kamu tdk membalas pesannya atau menelefonnyanya, kerna ia peduli dan ia tdk ingin sesuatu terjadi ke atas kamu.

5. Seseorang yg mencintai kamu, hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba utk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup / berdenyut / bergetar utk kamu.

6. Seseorang yg mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yg kamu ucapkan, bahkan yg tdk sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.

7. Seseorang yg mencintai kamu, tdk akan memberikan janji apapun dgn mudah,kerna ia tdk mahu mengingkari janjinya. Ia ingin kamu utk mempercayainya dan ia ingin memberikan hidup yg paling bahagia dan aman selama lamanya.

8. Seseorang yg mencintai kamu, mungkin tdk bisa mengingat kejadian / kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tp ia tau bhw setiap detik yg ia lalui, ia mencintai kamu, tdk
peduli hari apakah hari ini.

9. Seseorang yg mencintai kamu, tdk mau berkata "Aku mencintaimu" dgn mudah, kerna segalanya yg ia lakukan utk kamu adalah utk menunjukkan bhw ia siap mencintaimu, tetapi hanya ia yg akan mengatakan kata I Love You pada situasi yg istimewa, kerna ia tdk mau kamu salah mengerti, dia mau kamu mengetahui bhw ia mencintai dirimu. Seseorang yg benar2 mencintai kamu, akan merasa bhw sesuatu harus dikatakan sekali saja krn ia berpikir bhw kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, ia akan merasa bhw tdk ada yg akan membuatmu bahagia / tersenyum.

10. Seseorang yg mencintai kamu, akan pergi ke mana saja utk menjemput kamu, dia tdk akan membawa seikat mawar dan memanggilmu sayang seperti yg kamu harapkan.Tetapi, ia akan membawakan makanan kesukaanmu dan menanyakan: Mengapa kamu menjadi lebih kurus dalam waktu 2 hari? Dengan hatinya yg tulus.

11. Seseorang yg mencintai kamu, tdk tahu apakah ia harus menelefonmu ketika kamu marah, tetapi ia akan mengirimkan pesan setelah bbrp jam. Jika kamu menanyakan: mengapa ia tidak menelefon, ia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang,penjelasannya baru akan benar2 berguna.

12. Seseorang yg mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yg telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘ I LOVE U ‘ ada di dalam dompetnya dan Seseorang yg mencintaimu, jarang mengatakan kata2 manis. Tp kamu tau, ‘kucupannya’ sudah cukup menyalurkan semua……

13. Seseorang yang mencintai kamu akan selalu berusaha membuat mu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu..

14. Seseorang yang mencintaimu akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi…dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri
DAN INILAH BUKTINYA PUTERI.....

15. Seseorang yang mencintaimu… akan rela melepaskan mu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia… dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain Pernahkah kamu mencintai seperti itu ????
Maka Berbahagialah orang yg dicintai oleh dirimu….



Puteri sahabatku....
Aku memiliki semua tanda2 itu sepanjang percintaanku bersamanya.....15 tanda itu cukup untuk membuktikan dia amat mencintaiku malah sehingga saat ini...Namun, cinta tak semestinya bersatu...bila dia melepaskan aku, tidak bererti dia tidak mencintaiku....kerana cintalah dia melepaskan aku.....itu yang diakui oleh bibirnya dan aku tahu....

Dan inilah kata2 terakhir yang mampu menjadikan aku kuat.....kata2 ini ku petik dari pemuitis cinta yang agung...yang sentiasa menjadikan insan2 sepertiku sentiasa tersenyum biar hati luka berdarah.......



"Untuk temanku yang masih bertahan,

Hal yang menyedihkan tentang hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang,dan kamu jatuh cinta kepadanya,tapi pada akhirnya, cinta itu tidak benar-benar ada.Dan kamu telah menyia-nyiakan waktumu bersama orang yang tidak pantas mendapatkan cintamu. Jika dia tidak pantas, dia juga tidak akan pantas mendapatkannya setahun,atau bahkan sepuluh tahun dari sekarang. Jadi, lepaskanlah dia..

…Semoga engkau yang sedang tersenyum di sana mengerti!!"

Dariku.....
Nur

Sunday, April 19, 2009

AMANAT "GURU SEBENAR GURU"


AMANAT
"GURU SEBENAR GURU"


Kita tak payah ada ijazah dan diploma
jika sekadar hendak menjadi guru yang kurang ajar,
biadab dan tak sedar diri;
kita tak payah masuk politik sekadar hendak jadi pembangkang,
jaguh dan petualang kepada bangsa dan negara,
dan kita tak payah sertai kumpulan wayang kulit jika sekadar menjadi tukang karut dan dalang mengkhianati misi, merosak visi dan organisasi.


Ingatlah
wahai saudara-saudaraku
martabat diri tidak terletak di kertas bernama sijil, diploma atau pun ijazah
tetapi terletak kepada jatidiri kullu jasad berteraskan ilmu, iman, amal dan ihsan; yang disimpul mati dengan ikhlas, benar, jujur dan sabar;
berdasarkan kesepaduan antara 'aqal, bual dan amal
agar dapat menjadi amal soleh lagi muslih sebagai bekal.


Ingatlah
bahawa segala kerja dan sumbangan yang mengharapkan balas,
tidak ikhlas namanya; segala kerja dibuat yang hendakkan puji dan puja,
mencari nama maksudnya; yang paling buruk apabila antara apa yang dikata bertentangan dengan apa yang ada di dalam dada,
khianat namanya.
Ingatlah
rezeki, untung dan rugi, pangkat dan kedudukan,
apatah lagi melintang, menegak atau pun mendatar adalah daripada
Allah s.w.t.;
sepatutnya kita bersyukur di dalam jaga dan di dalam tidur
supaya lapang kelak di dalam kubur.

Ingatlah
pesanan hadis Qudsi memberi erti:
"Akulah Allah, tidak ada Tuhan lain selain Aku,
maka barangsiapa tidak sabar atas percubaanKu,
tidak bersyukur bagi nikmatKu,
dan tidak rela terhadap keputusanKu,
hendaklah ia mencari Tuhan
yang lain daripadaKu."

-Cikgu Hamzah Mohamed-


AMANAT

Saturday, April 18, 2009

Doa senjata orang mukmin













DOA SENJATA ORANG MUKMIN..........




Wednesday, April 15, 2009

Dalam ingatan selamanya






NIK MOHAMED BADRUL HISAM NIK SYAPIK DALAM INGATAN SELAMANYA...


Inilah ilhamku...jantungku yang sentiasa membuatkan aku hidup,yang menyedarkan aku tatkala aku lupa, yang membangunkan aku tatkala aku jatuh.


Bila saja aku terpaksa melepaskan cinta yang kusimpan selama bertahun2...inilah kesilapan paling besar yang telah kulakukan sepanjang perhubungan ini....maafkan di atas keterlanjuranku, aku tidak pernah ingin dan berharap mencintai lelaki lain selain dia....jantungku...




Cinta itu sebuah jalan.Cinta bukan sekadar perasaan,tapi sebuah komitmen.....